Message in the bottle.  

Posted by Von Charlie


Aku rasa aku mungkin orang yang ke berape juta dalam dunia ni yang mengambil inisiatif untuk menyuarakan kebencian terhadap kekejaman yang berlaku ke atas saudara seIslam di Gaza sana.

Sudah terlalu pudar agaknya sifat kemanusiaan dalam diri diorang ni.sejak dari dulu lagi asyik nak memberontak tak tentu fasal.sudah diberi makanan dari syurga pun,bodohnya masih terlalu jelas terpalit di dahi mereka,melalui tindak tanduk merekalah.Kurang ajar.memang kurang ajar.
ternyata sesuatu yang amat 'distorted' memang bersarang dalam diri mereka.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.apa kejadah.kalau semua yang bersidang terlalu buta.suka berdolak dalih.belajar kat tempat hebat-hebat.tapi akhirnya rasional mereka semua hilang.perkara semudah membezakan yang mengganas dan di'ganas'i pun dah tak reti nak beza.Buta ke apa?

Tak kasihankah?jiran-jiran yang duduk sebelah nak buka pintu pun susah?kita satu aqidah bukan?kalimah yang kita pegang sama.tapi...aduh.kau tu duduk kat sebelah!jiran kena serang kau pergi clubbing lagi?still trying to pull it off?apa ini?engkau semua dah jadi bodoh ke?bodoh sebab terlalu hedonistik!pleasure saja yang kau pentingkan.ramai jiran tengok je ke?


Hey!yang diserang tu tanah suci kita dahulu tau!al-Quds!itu syams ,tempat Nabi kita berniaga dulu!di situ,Palestin jugalah kiblat pertama kita dahulu!kau buat bodoh je?kau memang bodoh!
semuanya takut nak bertindak.

Langsung tak bertimbang rasa.sudah mereka mewakilkan jihad untuk kita.tahu tak apa yang pemimpin HAMAS cakap bila kita nak menghulurkan bantuan ketenteraan pada mereka?engkau sedar tak?

Ya Allah,selamatkanlah mereka.

New post  

Posted by Von Charlie in

Ya Allah..sudah terlalu lama sejak kali terakhir aku tekan butang 'new post' untuk akuraksasa.

Minta maaf banyak-banyak.

Mainan mimpi  

Posted by Von Charlie in

Sudah lama tak terkena mainan mimpi ini.banyak sebenarnya yang menjadi dalangnya.anda pun tahu kan?
Benda macam ni jarang berlaku pada orang yang sibuk,sebab cliche nya,seseorang yang sibuk,jawapannya tidur mati bila dapat katil.Tapi tak mustahil sebaliknya berlaku.

Aku penat berjalan hari ini.perperiksaan halaqah susah di pagi hari,bowling bergolek di tengah hari dan wayang gambar di petangnya.ingatkan dapat tidur yang membuai,tapi lain pulak yang jadinya.Di dalam tidur,terkena pulak mainan.mainan yang seram pula tu.haish.

Seram menderau bila terfikir.tapi inilah 1 dalam 100 mimpi yang berjaya diimbas semenjak 5 tahun kebelakang ini.jadi sebelum luput,baik aku dokumentasikan.haha.dalam mimpi itu aku baru saja sampai ke rumah.penat bukan kepalang.aku disambut oleh nenek tersayang.seperti biasa,dialog hari-hari apabila aku masuk pintu.

"W***,marilah kita berjalan kejap.naik kereta merah dak seli kat depan tu."
Dak seli?aku terfikir sejenak.ouh,,bapak aku.Ghazali dah jadi dak seli pulak.aku jawab,

"Abah tak kasi keluar malam-malam ini nenek..gelap..bahaya tak nampak jalan!"

nenek jawab,

"Alah..kereta tu ade lampu kan..marilah kita jalan kejap.beli sireh pastu kite balik lah.."
Aish..tau pulak die nak menyangkal.aku balas,

"Tak boleh nek,dah malam ni,sireh mane nak cari malam-malam ni..esok ye?"
Seraya aku pun berjalan ke arah ruang tamu.

Tiba-tiba aku terpandang nenek yang baru saja keluar dari pintu biliknya yang bersebelahan dengan dapur."Ah sudah.."
hati aku terdetik,siapa pulak yang ajak aku jalan tadi?

Aku toleh belakang.nenek.aku jenguk kat depan bilik,pun nenek jugak.mane pulak ni?tiba aku terangkat dan tersandar tinggi di dinding.aku cuba menjerit, "Subhana...."
Tersangkut suara aku.kena cekik dengan nenek yang berada di pintu masuk.Ya Allah berderaunya aku.Iblis dah berupa nenek aku.marah sebab aku tak nak bawak pergi beli sireh.

"Kau degil ya?!!!" suara 'nenek' berubah garau.Ya Allah meremang bulu tengkuk aku.
Takkan sebab sireh kot?
Aku cuba bergelut..nak jerit jugak kat dia ayat suci.tapi tersangkut.Kuat cengkamannya.kali ketiga aku menekan suara barulah terkeluar perkataan."Subhanallah!!"

Barulah dia lepas.aku jatuh ke lantai,dan tersedar dari mimpi.Haish..cuak bukan main.mimpi pun mimpi juga..adrenalin sungguh.Sedar sahaja aku lihat sekeliling.dekat ruang tamu aku terlentang.tv terpasang tapi mak dan adik dah tertidur.
"Ampunkan saya...saya dah tak tahan hidup macam ini abang.."
suara fasha sanda merayu minta diampun dari tv.muzik latarnya berbunyi seram.haih..benda ini ke yang buat mimpi aku menjadi-jadi?mengeluh aku.terus aku bangkit dan berwudhuk untuk Isyak.lucid dream sungguh kalau menurut mizahk.Nenek,lepas ni kita pegi jalan-jalan kay?sigh.

Kau tak pernah tidur seorang diri kah?  

Posted by Von Charlie in

Pernah rasa ada sesuatu memerhati kau ketika tidur?tapi tak tahu kelibat apakah itu?

benda semacam itu memang wujud dalam dunia yang diciptakan tuhan ni.

Ya,kita tak huni dunia ini seorang diri..pelbagai makhluk dijadikan untuk hidup  bersama kita.sebesar gajah,mahupun sekecil zarah,yang tak dapat kita lihat.ya,makhluk halus lah yang saya maksudkan disini.

Ya,kita tidur dengan makhluk ini  kalau  ada yang tak tahu.susah nak percaya?tapi rasanya semua perasaan kehadiran makhluk ini.kadang-kadang macam kena hempap la..nak tolehkan leher pun jadi berat semacam.walaupun yang menghempap sebenarnya makhluk halus.

Nak tahu apa makhluk yang dimaksudkan?
inilah dia.


Ya lah..makhluk inilah yang dimaksudkan.hadir dalam jumlah yang banyak atas katil anda dan senantiasa merayap di serata badan.ada makhluk lain ke yang tidur sekali dengan kalian?eerr...:p

Ramadhan kareem terawih kareee..(kari)  

Posted by Von Charlie in

Biasa lah berpuasa.aku puasa macam kamu semua juga.
sama-sama lapar.sama-sama nak berbuka gempak-gempak.macamlah lepas ini dah tak boleh
nak makan lagi.

Santapan pilihan hati ialah pizza.tak nak makanana melayu dah.bosan.bukannya apa.tukar selera.tapi,pizza tak sampai pun bila azan dilaung.


akhirnya yang memuaskan nafsu beruang lapar makanan hanyalah kurma..sup sayur diet mak aku.kenyang juga.pizza hanya tiba bila orang dah sibuk berkemas untuk menunaikan maghrib.

terawih.
perut dah disumbat dengan pizza dan ayam panggang sebelum ke masjid.mata mulalah nak layu.surah dibaca mendayu-dayu.sedap lenggoknya.sampai lentok.
pak cik yang menjerit.mengejut kau dari mimpi brachial plexus di tengah al fatihah.
betapa tak khusyuknya engkau.engkau itu aku.pak cik menjerit meng'amin'kan surah yang 
dialunkan.

terima kasih pak cik.

Aku lebih baik.ye ke?  

Posted by Von Charlie in

Hah?ade ke penyakit ni?
ada..kau saja yang tak tahu.
tak tahu atau tak nak tahu?rugilah kalau tak nak tahu.




apa penyakit ini?memang sakit jenis ini tak ada dalam ilmu perubatan moden yang diajar di sekolah-sekolah perubatan.
tak ada dalam silibus,tapi kalau bernasib baik, ada lah yang akan ajarkan tentang penyakit ini.
ramai yang tak sedar akan adanya penyakit init rupanya.sebab ia menular disebalik kesedaran kita.sebab kesedaran kita ini
terlalu ditumpukan pada perkara yang kita anggap penting.walhal ia tidaklah begitu pun.

penyakit ‘aku lebih baik’ ini ada diceritakan dalam kitab yang unggul lagi suci.kalam Allah.kalam yang menceritakan segala kebenaran
disebalik kehidupan ini.suatu kisah yang bermula tatkala Adam dicipta oleh Tuhan.

Syaitan yang selama ini makbul doanya oleh Allah kecundang
kerana penyakit ini.penyakit ‘aku lebih baik’.pasti ramai yang tahu kisah angkuhnya syaitan,enggan sujud tanda hormat kepada Adam,walaupun
diperintahkan oleh Allah.Dia ingat dia lebih bagus.sebab?dia dijadikan dari api.Adam?hanya tanah hina yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Bunyi macam remeh?bahaya jika ada pemikiran sebegitu dalam benak kita.sebab?dek kerana ‘aku rasa aku lebih baik dari kau’,makhluk syurga pun
boleh diharamkan kepadanya untuk jejak ke syurga SELAMA-LAMANYA.itu makhluk syurga..yang memang dah pernah rasa nikmatnya di sana.ini
kan pula kita yang tak pernah hidu pun wanginya jannah.lagilah bahaya!

bunyi memang macam remeh tapi inilah dia penyakit yang sebenar penyakit.bahayanya bukan kepalang.jangan kerana kita rasa kita lebih baik..
(baru rasa saja,bukan sememangnya lebih baik pun) terjerumus kita ke lubang neraka selamanya.nauzubillah.

ubatnya?ilmu.

p/s:makhluk iban amerika di atas tidak bersalah dalam hal ini.dia tak pernah cakap pun pada 
       aku yang dia lebih baik.

      cuma dia nampak macam nak bagitau aku,yang dia lebih baik.

Benci?  

Posted by Von Charlie


Perasaan benci ni susah nak digambarkan.sebab? ada macam-macam sebab yang boleh mendorong timbul perasaan itu.
tapi, ia boleh berubah betul?sebab kebanyakan kita membenci sebelum mengenal apa yang sebenarnya dicemuh itu.
bila dah ambil inisiatif untuk menilai sebelum menghukum,barulah kita sedar,bukan semua buruk itu rosak.bukan semua yang rosak itu sia-sia.



syukurlah kalau dah terngadah di hulu,daripada terkesima di hilir nanti.
bukan apa,sesetengah situasi yang kita cuba larikan diri daripadanya sebenarnya,
akan banyak mengajar kita untuk lebih bersedia untuk yang lebih mencabar.
dan kebanyakan kita,membenci perkara yang sedemikian rupa.
bukankah rugi namanya itu?



bencikan seseorang?jangan lari dari dia.sebab belum tentu kau lebih baik dari dia di mataNya.
benci belajar?lagilah rugi.sebab kau takkan pernah berhenti daripada belajar.cuma formal atau tidak situasinya.
benci situasi?sampai bila-bila kau akan tersangkut di takuk yang menjatuhkan kau sebelum ini.sebab kau tak pernah tahu pun cara melepasinya.



benci perlu dididik.perlu dilentur.perlu ditelusi.barulah betul.betul ke?betul lah.
sebab lagi?sebab orang yang stress tak tentu fasal,sebenarnya benci terlalu banyak perkara.
dan kebanyakan yang dibenci itu semuanya dekat dengan dirinya.
mana nak lari?itu yang timbul pening.itu yang menambah benci.itu yang mengundang tekanan.mana nak capai aman?