Sudah lama tak terkena mainan mimpi ini.banyak sebenarnya yang menjadi dalangnya.anda pun tahu kan?
Benda macam ni jarang berlaku pada orang yang sibuk,sebab cliche nya,seseorang yang sibuk,jawapannya tidur mati bila dapat katil.Tapi tak mustahil sebaliknya berlaku.
Aku penat berjalan hari ini.perperiksaan halaqah susah di pagi hari,bowling bergolek di tengah hari dan wayang gambar di petangnya.ingatkan dapat tidur yang membuai,tapi lain pulak yang jadinya.Di dalam tidur,terkena pulak mainan.mainan yang seram pula tu.haish.
Seram menderau bila terfikir.tapi inilah 1 dalam 100 mimpi yang berjaya diimbas semenjak 5 tahun kebelakang ini.jadi sebelum luput,baik aku dokumentasikan.haha.dalam mimpi itu aku baru saja sampai ke rumah.penat bukan kepalang.aku disambut oleh nenek tersayang.seperti biasa,dialog hari-hari apabila aku masuk pintu.
"W***,marilah kita berjalan kejap.naik kereta merah dak seli kat depan tu."
Dak seli?aku terfikir sejenak.ouh,,bapak aku.Ghazali dah jadi dak seli pulak.aku jawab,
"Abah tak kasi keluar malam-malam ini nenek..gelap..bahaya tak nampak jalan!"
nenek jawab,
"Alah..kereta tu ade lampu kan..marilah kita jalan kejap.beli sireh pastu kite balik lah.."
Aish..tau pulak die nak menyangkal.aku balas,
"Tak boleh nek,dah malam ni,sireh mane nak cari malam-malam ni..esok ye?"
Seraya aku pun berjalan ke arah ruang tamu.
Tiba-tiba aku terpandang nenek yang baru saja keluar dari pintu biliknya yang bersebelahan dengan dapur."Ah sudah.."
hati aku terdetik,siapa pulak yang ajak aku jalan tadi?
Aku toleh belakang.nenek.aku jenguk kat depan bilik,pun nenek jugak.mane pulak ni?tiba aku terangkat dan tersandar tinggi di dinding.aku cuba menjerit, "Subhana...."
Tersangkut suara aku.kena cekik dengan nenek yang berada di pintu masuk.Ya Allah berderaunya aku.Iblis dah berupa nenek aku.marah sebab aku tak nak bawak pergi beli sireh.
Aku cuba bergelut..nak jerit jugak kat dia ayat suci.tapi tersangkut.Kuat cengkamannya.kali ketiga aku menekan suara barulah terkeluar perkataan."Subhanallah!!"
Barulah dia lepas.aku jatuh ke lantai,dan tersedar dari mimpi.Haish..cuak bukan main.mimpi pun mimpi juga..adrenalin sungguh.Sedar sahaja aku lihat sekeliling.dekat ruang tamu aku terlentang.tv terpasang tapi mak dan adik dah tertidur.
"Ampunkan saya...saya dah tak tahan hidup macam ini abang.."
suara fasha sanda merayu minta diampun dari tv.muzik latarnya berbunyi seram.haih..benda ini ke yang buat mimpi aku menjadi-jadi?mengeluh aku.terus aku bangkit dan berwudhuk untuk Isyak.lucid dream sungguh kalau menurut mizahk.Nenek,lepas ni kita pegi jalan-jalan kay?sigh.

