Mainan mimpi  

Posted by Von Charlie in

Sudah lama tak terkena mainan mimpi ini.banyak sebenarnya yang menjadi dalangnya.anda pun tahu kan?
Benda macam ni jarang berlaku pada orang yang sibuk,sebab cliche nya,seseorang yang sibuk,jawapannya tidur mati bila dapat katil.Tapi tak mustahil sebaliknya berlaku.

Aku penat berjalan hari ini.perperiksaan halaqah susah di pagi hari,bowling bergolek di tengah hari dan wayang gambar di petangnya.ingatkan dapat tidur yang membuai,tapi lain pulak yang jadinya.Di dalam tidur,terkena pulak mainan.mainan yang seram pula tu.haish.

Seram menderau bila terfikir.tapi inilah 1 dalam 100 mimpi yang berjaya diimbas semenjak 5 tahun kebelakang ini.jadi sebelum luput,baik aku dokumentasikan.haha.dalam mimpi itu aku baru saja sampai ke rumah.penat bukan kepalang.aku disambut oleh nenek tersayang.seperti biasa,dialog hari-hari apabila aku masuk pintu.

"W***,marilah kita berjalan kejap.naik kereta merah dak seli kat depan tu."
Dak seli?aku terfikir sejenak.ouh,,bapak aku.Ghazali dah jadi dak seli pulak.aku jawab,

"Abah tak kasi keluar malam-malam ini nenek..gelap..bahaya tak nampak jalan!"

nenek jawab,

"Alah..kereta tu ade lampu kan..marilah kita jalan kejap.beli sireh pastu kite balik lah.."
Aish..tau pulak die nak menyangkal.aku balas,

"Tak boleh nek,dah malam ni,sireh mane nak cari malam-malam ni..esok ye?"
Seraya aku pun berjalan ke arah ruang tamu.

Tiba-tiba aku terpandang nenek yang baru saja keluar dari pintu biliknya yang bersebelahan dengan dapur."Ah sudah.."
hati aku terdetik,siapa pulak yang ajak aku jalan tadi?

Aku toleh belakang.nenek.aku jenguk kat depan bilik,pun nenek jugak.mane pulak ni?tiba aku terangkat dan tersandar tinggi di dinding.aku cuba menjerit, "Subhana...."
Tersangkut suara aku.kena cekik dengan nenek yang berada di pintu masuk.Ya Allah berderaunya aku.Iblis dah berupa nenek aku.marah sebab aku tak nak bawak pergi beli sireh.

"Kau degil ya?!!!" suara 'nenek' berubah garau.Ya Allah meremang bulu tengkuk aku.
Takkan sebab sireh kot?
Aku cuba bergelut..nak jerit jugak kat dia ayat suci.tapi tersangkut.Kuat cengkamannya.kali ketiga aku menekan suara barulah terkeluar perkataan."Subhanallah!!"

Barulah dia lepas.aku jatuh ke lantai,dan tersedar dari mimpi.Haish..cuak bukan main.mimpi pun mimpi juga..adrenalin sungguh.Sedar sahaja aku lihat sekeliling.dekat ruang tamu aku terlentang.tv terpasang tapi mak dan adik dah tertidur.
"Ampunkan saya...saya dah tak tahan hidup macam ini abang.."
suara fasha sanda merayu minta diampun dari tv.muzik latarnya berbunyi seram.haih..benda ini ke yang buat mimpi aku menjadi-jadi?mengeluh aku.terus aku bangkit dan berwudhuk untuk Isyak.lucid dream sungguh kalau menurut mizahk.Nenek,lepas ni kita pegi jalan-jalan kay?sigh.

This entry was posted on Sunday, October 19, 2008 at Sunday, October 19, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

21 comments

Siut. Dah la aku tengah online malam-malam bute. meremang dowh

October 19, 2008 4:29 AM
This post has been removed by the author.
October 19, 2008 12:39 PM

haha..ini kesah benar dude.aku pun cuak gile bile sedar tu.

October 19, 2008 7:50 PM

nasib baik ko tak mimpi aku and pokok depan bilik ko tu :P

October 20, 2008 1:07 PM

haha..budow.ko ni tak abis2 nak mati kat depan bilik aku..jauh sikit tak bole ke?haha.kidding dude.you better stay alive.:p

October 20, 2008 8:19 PM

oh dear..what a dream. =[
i was once sorta choked as well in my dream.. i was sleeping next to my sis masa tu [i was 12]..and when i woke up... i woke her up and cried..coz i thought i was going to die.. ask her, she'll know what i'm talking about.
but the thing i experienced is called 'Sleep paralysis'
its when i cant move my body and there's some supernatural being thats on me and choking me to death..and i cant scream or move coz the thing is heavy..and the weird thing is i felt like i was awake when it happened, coz i can see my kakak next to me, but she cant hear me.. awful experience! [ayat kursii helped]oh and sorry this is such a long comment, i'm a verrry wordy person!

http://en.wikipedia.org/wiki/Sleep_paralysis

October 21, 2008 1:11 AM

mizah,
wah..hehe.there're both scientific and spiritual explanation for that phenomena actually.some said there's that thing lying flat on you,so you can't move even a bit.another is that your central nervous system is still off,should i say,when you woke up and realized that you can't move.it'll take quite a while,few minutes or so to recover.what would i do?tido balik la.haha.:D

October 21, 2008 6:55 PM

hey ash,
i think u can make novel...
huhu...
anyway, im gonna do my internship at basf petronas kat gebeng this december. 8 months working :(

October 22, 2008 2:54 PM

ziera,
haha..i don't have that gift of good language conduct..making a novel won't work for me.anyways,that's great!you'll be starting your working days sooner than anyone else..they're paying you right?

October 22, 2008 8:56 PM

hyup. but that company very stingy aa.. they give only 500 allowence n if take a leave they will deduct rm20 for 1 day. huhu..xbleh la aku nk amek ct. hm..da la kena sewa rumah lg.aku terima pun sebab akak aku nk kwin dec ni, so if intern too far susah aku nk balik. lg pun still ada biasiswa lg adding up dpt la 1100 permonth. eh, yg ko mimpi tu ok lg tau. aku hari tuh pas sembhyg subuh tertidur jap. sedar je aku rase half badan ak numb. pergh sabar jer la. mcm lumpuh sebelah bdan. aku gerak ngesok jer kt katil. pastu tdur balik.huhu... when wake up it become ok. shukurla... mungkin my blood circulation not ok that time thats y become numb.

October 23, 2008 12:38 AM

ziera,
owh,aku pun pernah kena macam tu.its actually quite similar to the case macm comment kat atas.its your central nervous system yang tak activate lagi.that may explain something,google sleep paralysis kalo nak tahu lebih.:)

October 23, 2008 10:57 PM

Anyway.thanks for the info. ive read about it.

October 25, 2008 12:49 AM

pergh.
seram.
phew~

November 1, 2008 8:05 PM

memang seram..

November 2, 2008 10:39 AM

memang seram..

November 2, 2008 10:39 AM

blog-hoping in the middle of the nite. :)

sgt seram bace.

oh,i think i've seen you around uia.

November 21, 2008 2:43 AM

Nice week for Malasian people!!!

November 30, 2008 3:54 AM

izzah,
owh..hahah.sorry menakutkan anda dengan cite antu ni.ade lagi sebenarnye kejadian paranormal baru2 ni.haha.nanti kongsi.
btw,uia ktn eh?KOM or KOS?
gooday.:D

December 3, 2008 12:22 AM

david,
good day santos.

December 3, 2008 12:23 AM

laaaaaaaaaaaaammmmeeeeeeeeeeenyaaaa
tak update...

December 11, 2008 7:41 PM

suey btolla..ak pon ngah online memlm...adeih trus ak skip n bce line bwh trus...nyesal bkk blog ko mlm ni...adeih

December 20, 2008 1:42 AM

Post a Comment