Aku lebih baik.ye ke?  

Posted by Von Charlie in

Hah?ade ke penyakit ni?
ada..kau saja yang tak tahu.
tak tahu atau tak nak tahu?rugilah kalau tak nak tahu.




apa penyakit ini?memang sakit jenis ini tak ada dalam ilmu perubatan moden yang diajar di sekolah-sekolah perubatan.
tak ada dalam silibus,tapi kalau bernasib baik, ada lah yang akan ajarkan tentang penyakit ini.
ramai yang tak sedar akan adanya penyakit init rupanya.sebab ia menular disebalik kesedaran kita.sebab kesedaran kita ini
terlalu ditumpukan pada perkara yang kita anggap penting.walhal ia tidaklah begitu pun.

penyakit ‘aku lebih baik’ ini ada diceritakan dalam kitab yang unggul lagi suci.kalam Allah.kalam yang menceritakan segala kebenaran
disebalik kehidupan ini.suatu kisah yang bermula tatkala Adam dicipta oleh Tuhan.

Syaitan yang selama ini makbul doanya oleh Allah kecundang
kerana penyakit ini.penyakit ‘aku lebih baik’.pasti ramai yang tahu kisah angkuhnya syaitan,enggan sujud tanda hormat kepada Adam,walaupun
diperintahkan oleh Allah.Dia ingat dia lebih bagus.sebab?dia dijadikan dari api.Adam?hanya tanah hina yang diangkat darjatnya oleh Allah.

Bunyi macam remeh?bahaya jika ada pemikiran sebegitu dalam benak kita.sebab?dek kerana ‘aku rasa aku lebih baik dari kau’,makhluk syurga pun
boleh diharamkan kepadanya untuk jejak ke syurga SELAMA-LAMANYA.itu makhluk syurga..yang memang dah pernah rasa nikmatnya di sana.ini
kan pula kita yang tak pernah hidu pun wanginya jannah.lagilah bahaya!

bunyi memang macam remeh tapi inilah dia penyakit yang sebenar penyakit.bahayanya bukan kepalang.jangan kerana kita rasa kita lebih baik..
(baru rasa saja,bukan sememangnya lebih baik pun) terjerumus kita ke lubang neraka selamanya.nauzubillah.

ubatnya?ilmu.

p/s:makhluk iban amerika di atas tidak bersalah dalam hal ini.dia tak pernah cakap pun pada 
       aku yang dia lebih baik.

      cuma dia nampak macam nak bagitau aku,yang dia lebih baik.

This entry was posted on Thursday, September 18, 2008 at Thursday, September 18, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 comments

Haha. Ni macam tazkirah Sharif bagi? :)

September 19, 2008 10:56 PM

hahhah..haah.selagi input yang aku belum luput dan diganti dgn bracial plexus.:P

September 19, 2008 11:55 PM

Post a Comment